Thursday, 17 February 2011

εïз Cinta dan saya εïз


Cinta, dan saya. Cinta, dan saya.
Yang membuka pintu hati ini kepada cinta, adalah seorang lelaki bernama Azrin Saya senang memanggilnya en.sayang Dia banyak mengajar saya akan cinta. Banyak menunjukkan kepada saya cinta. Banyak mendidik saya akan kebenaran dan kepalsuan yang ada di dalamnya.
Cinta itu tidak terlimit hanya dengan hubungan lelaki perempuan. Tetapi turut mencakupi hubungan manusia dengan Tuhan. Cinta itu bukan perasaan liar tanpa kawalan, tetapi di dalam Cinta wujud peraturan.
Saya rasa gembira dengan Cinta.
Saya senang dengannya.
Sebab itu saya sangat menyayangi Cinta.
Dan menjaganya.



Cinta yang saya tahu
Apakah cinta?
Cinta yang saya tahu, adalah “Ingin bersamanya di syurga.”

Maka Cinta yang saya tahu, hanya itu. “Ingin bersamanya di syurga.”
Sekiranya perasaan itu melempar ke neraka, maka itu bukan namanya cinta.
Itu cinta yang saya tahu.

No comments:

Post a Comment